Garis panduan pendedahan EMF terhadap manusia

Beberapa pertubuhan kebangsaan dan antarabangsa telah merumuskan garis panduan had pendedahan RF EMF bagi pekerjaan dan orang awam sehingga 300GHz.

Garis Panduan ICNIRP:

Had pendedahan bagi medan EMF dibangunkan oleh Suruhanjaya Antarabangsa mengenai Perlindungan Sinaran Tidak Mengion (ICNIRP) - sebuah pertubuhan bukan kerajaan dalam hubungan rasmi dengan WHO, berikutan semua penulisan saintifik yang dikaji oleh ahli-ahli seangkatan, termasuk kesan haba dan bukan haba.

Garis panduan adalah berdasarkan penilaian semua kesan biologi yang telah dibuktikan sebagai mempunyai kesan kesihatan. Kesimpulan utama daripada kajian WHO adalah bahawa pendedahan EMF di bawah had yang disyorkan dalam  Garis Panduan Antarabangsa ICNIRP nampaknya tidak mempunyai apa-apa kesan yang diketahui ke atas kesihatan.

ICNIRP mempunyai program yang berterusan untuk mengawasi penyelidikan saintifik dan memastikan garis panduan pendedahan manusia adalah yang terkini.

Lawati laman web ICNIRP di: http://www.icnirp.org

Standard Keselamatan ICES/IEEE

Institut Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (IEEE) adalah sebuah persatuan profesional yang beribu pejabat di New York City yang dikhususkan untuk memajukan inovasi dan kecemerlangan teknologi, termasuk Jawatankuasa Antarabangsa mengenai Keselamatan Elektromagnet (ICES) tertumpu pada pembangunan dan penyelenggaraan Standard Keselamatan EMF IEEE C95.1-2005 - Tahap Keselamatan berhubung dengan Pendedahan Manusia kepada Medan Elektromagnet Frekuensi Radio, 3kHz hingga 300GHz.

Nota: Garis Panduan ICNIRP dan IEEE adalah serupa, berasaskan sains dan diterima oleh banyak negara di seluruh dunia.