Apakah itu EMF?
Medan elektromagnet (EMF) terdiri daripada gelombang tenaga elektrik dan magnet bergerak bersama melalui ruang. Terma "medan elektromagnet" atau EMF kerap digunakan untuk menunjukkan kehadiran sinaran elektromagnet. EMF berlaku secara semula jadi, dengan bumi, matahari, dan ionosfera kesemuanya adalah contoh sumber semula jadi EMF dalam kehidupan harian kita.
Bagaimana Rangkaian Telefon Mudah Alih Beroperasi?

- Apabila panggilan dibuat daripada telefon mudah alih, isyarat RF akan dihantar di antara antena telefon dan antena di stesen pemancar berdekatan.
- Panggilan telefon kemudiannya dihala melalui rangkaian telefon ke telefon destinasi.
- Antena stesen pemancar mestilah ditinggikan dan diletak jauh daripada halangan fizikal untuk memastikan liputan meluas.
- Di kawasan di mana penggunaan telefon mudah alih semakin meningkat, bilangan stesen pemancar tambahan diperlukan untuk menyelenggara peningkatan kualiti khidmat, walaupun liputan rangkaian mudah alih telah wujud dalam kawasan tersebut.
- Sekiranya hal ini tidak dilakukan rangkaian mudah alih tidak akan beroperasi dengan betul dan, sebagai akibatnya, pengguna telefon mudah alih mungkin tidak dapat disambung ke rangkaiannya.
Kekurangan stesen pemancar akan mengakibatkan liputan isyarat yang lemah bagi kawasan tertentu. Isyarat yang lemah akan menyebabkan telefon anda secara automatik menambah kuasa hingga ke maksimum apabila telefon secara berulang cuba untuk mengesan rangkaian. Secara tidak langsung, hal ini akan menghasilkan lebih banyak pancaran RF-EMF.