MEDAN ELEKTROMAGNETIK FREKUENSI RADIO

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Malaysian Communications and Multimedia Commission

RF-EMF

Malaysian Communications and Multimedia Commission

Telefon Mudah Alih, Stesen Pemancar dan Kesihatan

 

Menjelang 2020, kami menjangka bahawa hampir kesemua benda akan dihubungkan melalui rangkaian,
dengan anggaran 50 bilion peranti,peralatan dan objek berinteraksi dalam menyokong hampir
kesemua aspek kehidupan harian kita.

Jadi sejauh manakah peranti tanpa wayar dan rangkaian yang menyambungnya selamat?

Medan elektromagnet frekuensi radio (RF-EMF) adalah sinaran tidak mengion yang tidak boleh mengganggu struktur bahan biologi. Ia tidak mempunyai tenaga yang cukup untuk memutuskan ikatan kimia dalam molekul, dengan itu ia tidak boleh menyebabkan proses pengionan dalam badan manusia. Ia hanya menyebabkan kesan pemanasan, tetapi biasanya tidak mencukupi untuk menyebabkan apa-apa jenis kerosakan jangka panjang kepada tisu-tisu.

Penyelidikan ke atas EMF

Penyelidikan telah dilaksanakan secara meluas untuk menyiasat sama ada telefon mudah alih dan stesen pemancar mempunyai potensi risiko keselamatan, termasuklah di Malaysia. Semua kajian dilakukan setakat ini telah menunjukkan bahawa pendedahan di bawah had yang disyorkan dalam garis panduan ICNIRP EMF, meliputi rangkaian frekuensi penuh daripada 0-300 GHz, tidak mendatangkan apa-apa kesan kesihatan kurang baik yang diketahui. Walau bagaimanapun, masih terdapat jurang pengetahuan yang memerlukan kajian selanjutnya sebelum penilaian risiko jangka panjang boleh dibuat.
 


MCMC telah menjalankan beberapa penyelidikan ke atas EMF dengan kerjasama universiti–universiti tempatan.

 
Universiti Penyelidikan Penemuan

Universiti Malaysia Perlis
2021

Kesan Pendedahan Jangka Pendek Kepada Isyarat Stesen Pemancar 5G (700 MHz, 3.5 GHz, 28 GHz) ke atas Prestasi Kognitif, Kesejahteraan, Parameter Fisiologi dan Elektroensefalogram (EEG) pada orang dewasa Malaysia.

Tiada kesan ketara pendedahan sinaran jangka pendek yang dipancarkan daripada isyarat antena stesen pangkalan 5G ke atas orang dewasa Malaysia berkaitan persepsi EMF, prestasi kognitif, kesejahteraan, EEG dan parameter fisiologi. [UniMAP] 
Universiti Malaysia Perlis
university-2015-16.jpg
  1. Universiti Malaysia Perlis
  2. Universiti Malaysia Kelantan

2015 - 2016

  • Kesan Pendedahan Jangka Pendek Kepada Isyarat Stesen Pemancar LTE 4G (850, 1800, 2600 MHz) ke atas Prestasi Kognitif, Kesejahteraan, Parameter Fisiologi dan Elektroensefalogram (EEG) pada Kanak-kanak Malaysia.

 

 
  • Kajian mengenai Kesan Biologi disebabkan Pendedahan LTE (850, 1800, 2600 MHz) Medan Elektromagnet (EMF).


Tiada perbezaan ketara antara pendedahan kepada isyarat stesen pemancar LTE Jangka Pendek dan pendedahan Sham (tiada pendedahan) ke atas persepsi EMF, respons EEG, prestasi kognitif, kesejahteraan, parameter fisiologi (P’s > 0.05) Kanak-kanak Malaysia. [UniMAP] 



Tiada bukti kukuh menunjukkan pendedahan kronik kepada 4G LTE 850, 1800 dan 2600 MHz mempunyai sebarang kesan ke atas sel darah. Keputusan juga menunjukkan bahawa pendedahan kronik kepada 4G LTE tidak menyebabkan kerosakan DNA dan tidak menyebabkan kanser. [UniMAP, UMK]
university-2015.png
Universiti Teknologi Malaysia

2015

  • Sistem Pemantauan Jauh EMF melalui Makmal Pancaran Industri Tanpa Wayar (WIE).
  • Sistem Pengukuran Kadar Penyerapan Khusus (SAR) bagi Pengujian dan Pensijilan Peralatan Komunikasi Mudah Alih.


Tahap sinaran EMF yang diukur adalah jauh di bawah had rujukan. Secara khususnya 90% daripada stesen pemancar di Malaysia telah diukur mempunyai nilai kekuatan medan elektrik di bawah 3 V/m pada masa puncak.
university-2014.png
Universiti Malaya

2014

  • Penyelidikan Komunikasi Risiko bagi Medan Elektromagnet (EMF) daripada Frekuensi Radio (RF).


Kebimbangan awam terhadap RF-EMF sangat dipengaruhi oleh media, personaliti dan psikologi. Statistik menunjukkan bahawa pengetahuan awam berkenaan RF-EMF dan risikonya masih lagi rendah, justeru pandangan mereka mudah dimanipulasikan oleh media.
university-2013.png
Universiti Malaysia Perlis

2013

  • Kesan Pendedahan Jangka Pendek Isyarat GSM dan Stesen Pemancar UMTS ke atas Prestasi Kognitif, Kesejahteraan dan Parameter Fisiologi Rakyat Malaysia.


Tiada kesan ketara pendedahan Jangka Pendek GSM dan isyarat stesen pemancar UMTS ke atas prestasi kognitif, kesejahteraan dan parameter fisiologi rakyat Malaysia. [UniMAP]

Teknik Penggunaan Telefon Mudah Alih Secara Selamat