ITU EMF Guide & Mobile App


MCMC telah membangunkan Panduan ITU EMF & Aplikasi Mudah Alih dengan kerjasama Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU). 

Panduan EMF dan aplikasi mudah alih boleh didapati dalam talian di http://rfemf.mcmc.gov.my/ituemfguide  atau melalui Apple Store dan Google Play Store.
Aplikasi mudah alih ini direka untuk digunakan di telefon pintar, tablet atau komputer meja. 

Tujuan Panduan ITU EMF adalah untuk memberi maklumat dan menjadi sumber pendidikan mengenai medan elektromagnet kepada semua lapisan komuniti, pihak berkepentingan dan kerajaan. Ia memberikan pengenalan asas tentang EMF dan hubung-kait dengan kesihatan, serta memperkenalkan pelbagai garis panduan dan standard yang telah dipersetujui di peringkat antarabangsa untuk memastikan keselamatan dalam penggunaan telefon mudah alih dan lain-lain teknologi tanpa wajar. 

Rujukan utama tentang EMF dan kesihatan adalah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).