Pemantauan RF-EMF di Malaysia
MCMC memantau pancaran RF-EMF daripada tapak komunikasi radio melalui laporan simulasi EMF yang dikemukakan oleh pihak industri dan ujian pengukuran RF secara berkala di tapak-tapak yang dikenal pasti.
Laporan simulasi dan ujian RF boleh diakses oleh orang awam di portal http://mycomms.skmm.gov.my . myComms adalah khidmat pemetaan maklumat yang dibangunkan oleh MCMC untuk berkongsi maklumat berhubung dengan liputan EMF, RF dan Wi-Fi di Malaysia.