MEDAN ELEKTROMAGNETIK FREKUENSI RADIO

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Malaysian Communications and Multimedia Commission

RF-EMF

Malaysian Communications and Multimedia Commission

Standard RF-EMF di Malaysia

MS EMF 2021
  1. Peraturan MCMC mengenai pancaran RF-EMF daripada stesen pemancar telefon mudah alih dan lain-lain pemasangan komunikasi ditentukan dalam standard mandatori bertajuk "Commission Determination on the Mandatory Standard for Electromagnetic Field Emission from Radiocommunications Infrastructure” (MS EMF).
     
  2. MS EMF (Penentuan No.1 tahun 2010), yang dikuatkuasakan pada 1 Januari 2011, telah digantikan dengan MS EMF baharu (Penentuan No. 5 tahun 2021) , yang mula beroperasi pada 1 November 2021. MS EMF baharu mengambil kira teknologi semasa dan masa hadapan, termasuk 5G serta mengemas kini had pendedahan EMF agar selaras dengan garis panduan International Commission on Non-Ionizing Radiation (ICNIRP) yang diterbitkan pada 2020.

  3. MS EMF terpakai kepada Penyedia Kemudahan Rangkaian (NFP) dan Penyedia Perkhidmatan Rangkaian (NSP) yang memiliki dan mengendalikan infrastruktur radiokomunikasi seperti pemancar stesen pemancar.
International Commission on Non-Ionizing Radiation Protection (ICNIRP)
  1. MS EMF membuat rujukan kepada Kod Teknikal berikut untuk memberi panduan tentang kaedah ramalan dan pengukuran bagi tujuan menilai pendedahan EMF kepada manusia:
  1. MCMC MTSFB TC G032 - Prediction and Measurement of RF EMF Exposure from Base Station; dan
  2. MCMC MTSFB TC G033 - Prediction and Measurement of RF EMF Exposure from Terrestrial Radio and Television Broadcasting Transmitter Station.
 
  1. Berdasarkan beberapa keputusan pengukuran jangka panjang, pancaran EMF keseluruhan dalam kawasan awam di sekeliling infrastruktur radiokomunikasi (RCI) adalah amat rendah. Maksimum purata pembacaan diukur adalah hanya 10% daripada had pendedahan bagi orang awam pada 41 V/m dan mematuhi MS EMF.
ICNIRP

  1. ICNIRP adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang diiktiraf secara rasmi oleh World Health Organization (WHO).
     
  2. Had pendedahan bagi medan-medan EMF yang diterbitkan oleh ICNIRP telah dibangunkan berdasarkan ulasan kesemua risalah saintifik yang telah dikaji secara teliti, termasuk berkenaan kesan haba dan bukan haba.
     
  3. Kesimpulan utama daripada ulasan WHO adalah pendedahan EMF di bawah had disyorkan dalam garis panduan antarabangsa ICNIRP tidak memperlihatkan sebarang risiko ke atas kesihatan.
IEEE Standard for Safety Levels

  1. International Telecommunication Union (ITU), Institute of Electrical and Electronics Engineers (IEEE) dan International Electrotechnical (IEC) juga menghasilkan pengesyoran mengenai pancaran RF-EMF:
  1. ITU-T K.52 (06/2021)Guidance on complying with limits for human exposure to electromagnetic fields.
  2. IEEE C95.1-2019Standard for Safety Levels with Respect to Human Exposure to Radio  Frequency Electromagnetic Fields, 3 kHz to 300 GHz
  3. IEC 62209-1528:2020Measurement procedure for the assessment of specific absorption rate of human exposure to radio frequency fields from hand-held and body-worn wireless communication devices - Human models, instrumentation and procedures (Frequency range of 4 MHz to 10 GHz)

Pemantauan RF-EMF di Malaysia

MCMC memantau pancaran RF-EMF dari tapak komunikasi radio melalui Laporan Pematuhan EMF yang dikemukakan oleh pihak industri dan pengukuran RF secara berkala di tapak-tapak yang dikenal pasti.