Bagaimana pentingnya nilai SAR?

Pengilang telefon mudah alih hendaklah memastikan bahawa produk-produk mereka mematuhi tahap maksimum SAR yang dinyatakan dalam garis panduan pendedahan terhadap manusia.

Telefon mudah alih diuji bagi pematuhan pada aras kuasanya setinggi mungkin melalui ujian yang ketat dan pelbagai pengukuran SAR, oleh itu nilai SAR dilaporkan bagi setiap model telefon mudah alih cenderung secara ketara untuk terlebih menyatakan tahap pendedahan yang sebenar, kerana ia jarang beroperasi pada tahap kuasa maksimum dalam penggunaan harian.