Bagaimana peranti mudah alih dan tanpa wayar berfungsi

Peranti telefon mudah alih dan tanpa wayar adalah radio dua hala berkuasa rendah dikendalikan pada maksimum 2 watt (puncak). Ia mengandungi kedua-dua pemancar dan penerima dan mengguna medan frekuensi radio untuk menghantar dan menerima panggilan, pesananteks, e-mel, gambar dan data.

Apabila anda membuat panggilan dengan telefon mudah alih, menghantar atau menerima pesanan teks atau data, anda dihubungkan ke stesen pangkalan yang berdekatan melalui isyarat frekuensi radio. Stesen pangkalan kemudian berkomunikasi dengan teras rangkaian ke ibu sawat pusat untuk menentukan ke mana panggilan itu hendak dihantar, kemudian sama ada panggilan anda dihantar ke rangkaian talian tetap dan ke telefon talian darat tetap individu, atau jika anda membuat panggilan ke satu lagi telefon mudah alih, panggilan akan dihantar ke satu lagi stesen pangkalan dan seterusnya ke telefon mudah alih yang anda panggil

Apabila anda mengakses data melalui peranti mudah alih anda, ibu sawat pusat menghubungkan anda ke internet.


Stesen pangkalan telefon mudah alih adalah radio berkuasa rendah, dua hala berbilang saluran yang terletak di dalam rumah atau kabinet peralatan. Antena stesen pangkalan, yang memancar dan menerima isyarat radio, boleh dipasang pada menara pemancar, tiang, struktur yang dipasang pada bumbung atau dalam kotak mikrosel kecil yang menyediakan liputan setempat. Pemancar radio stesen pangkalan telefon mudah alih biasanya beroperasi di antara 2-50 watt. Di kawasan luar bandar stesen pangkalan mungkin menggunakan kuasa tambahan bagi pemancar dan penerima untuk meluaskan liputan.

Lokasi dan kedudukan antena stesen pangkalan adalah dipilih dengan teliti untuk sepadan dengan kawasan liputan yang diperlukan. Antena stesen pangkalan kecil sering terletak dalam bangunan untuk menyediakan liputan dalaman yang berdedikasi.