Apakah itu frekuensi radio (RF) medan elektromagnet?

Sebahagian daripada spektrum elektromagnet yang bermula daripada frekuensi 3kHz hingga 300GHz dirujuk sebagai frekuensi radio (RF). Pemancar televisyen dan radio (termasuk stesen pangkalan) dan gelombang mikro, telefon mudah alih dan radar menghasilkan medan frekuensi radio. Medan-medan ini digunakan untuk menghantar maklumat dan membentuk asas telekomunikasi serta penyiaran radio dan televisyen seluruh dunia. Banyak peranti rumah juga menghantar EMF pada frekuensi radio seperti telefon tanpa wayar, monitor bayi dan mainan kawalan radio.