Adakah telefon mudah alih memancarkan EMF yang sedikit apabila berada dekat dengan stesen pangkalan?

Telefon mudah alih dan FAQ EMF

Adakah telefon mudah alih memancarkan EMF yang sedikit apabila berada dekat dengan stesen pangkalan?

Ya. Telefon mudah alih menggunakan kuasa serendah mungkin apabila di kawasan penerimaan atau liputan yang baik. Ini biasanya berlaku apabila berada berhampiran dengan stesen pangkalan mudah alih memandangkan telefon hanya perlu menghantar isyarat pada jarak yang dekat balik kepada stesen pangkalan terdekat.

Rangkaian mudah alih akan menyesuaikan secara automatik kuasa yang diperlukan oleh telefon mudah alih dan stesen pangkalan bagi mengekalkan satu sambungan. Justeru itu telefon mudah alih menghasilkan EMF terendah apabila dalam kawasan liputan yang baik dan berdekatan dengan stesen pangkalan.