Bolehkah telur atau bijirin jagung dimasak dengan menggunakan telefon mudah alih?

Mitos EMF

Bolehkah telur atau bijirin jagung dimasak dengan menggunakan telefon mudah alih?

Tidak. Keterdedahan EMF yang dihasilkan oleh telefon mudah alih adalah lemah dan tidak boleh memasak telur atau bijirin jagung. Video yang disiarkan di Internet adalah untuk tujuan pengiklanan atau hiburan oleh penggemar yang membuat montaj dengan membuat penindihan segmen untuk mengubah realiti atau oleh syarikat-syarikat yang memasarkan klip video melalui Bluetooth untuk tujuan komersial.

Walaupun pengiraan secara teori bagi output daripada telefon mudah alih mengesahkan bahawa dakwaan ini adalah palsu, namun begitu beberapa pusat penyelidikan antarabangsa telah membuat eksperimen yang sama, di dalam makmal, untuk meyakinkan orang, menafikan khabar angin ini dan menghilangkan kebimbangan yang menyelubungi mereka.

Bagi tempoh selama 65 minit, sebiji telur didedahkan kepada sepuluh kali keterdedahan tertumpu dengan kuasa output daripada telefon mudah alih; apabila telur dipecahkan, didapati bahawa tenaga tidak memberi kesan apa pun kepadanya. Satu lagi entiti telah menggunakan 200 telefon mudah alih dan menempatkannya bersebelahan dengan telur, tanpa apa-apa kesan ke atas telur tersebut.