Adakah penggunaan telefon mudah alih boleh mengakibatkan kilat menyambar?

Mitos EMF

Adakah penggunaan telefon mudah alih boleh mengakibatkan kilat menyambar?

Adalah diketahui umum bahawa awan yang membawa caj elektrik melepaskan tenaganya kepada Bumi melalui konduktor yang paling dekat ke tanah, sama ada tiang lampu, tiang elektrik, pokok, bangunan atau manusia. Kebarangkalian seseorang dipanah petir adalah sangat kecil terutamanya di tempat-tempat di mana terdapat bangunan, tiang, pokok dan sebagainya.

Telefon mudah alih, sama ada digunakan atau tidak digunakan, tidak memainkan peranan penting dalam mendedahkan orang kepada kilat semasa hujan atau ribut petir. Walau bagaimanapun, semasa ribut petir orang ramai tidak perlu bergerak di tempat-tempat yang tiada struktur tinggi untuk mengendali elektrik, seperti kawasan lapang di desa dan padang pasir yang terbuka, kerana mereka mungkin terdedah kepada kilat, yang sering memanah struktur atau benda yang paling dekat dengannya di atas tanah.