Adakah selamat untuk tinggal berhampiran dengan stesen pangkalan atau menempatkan stesen pangkalan b

Stesen pangkalan dan FAQ EMF

Adakah selamat untuk tinggal berhampiran dengan stesen pangkalan atau menempatkan stesen pangkalan berdekatan dengan sekolah dan hospital?

Ya. Ianya selamat untuk tinggal berhampiran dengan stesen pangkalan mudah alih memandangkan ia beroperasi pada kuasa yang rendah, menghasilkan tahap keterdedahan EMF yang rendah di kawasan awam dan adalah direka khusus bagi persekitaran yang ia ditempatkan.

WHO menyatakan bahawa:

Dalam kawasan dibina di bandar dan kawasan kediaman, antena stesen pangkalan biasanya terletak di atas bahagian bumbung bangunan atau pada jarak yang mencukupi daripada bangunan berdekatan. Stesen pangkalan berkuasa rendah biasanya terletak di dalam apartmen dan bangunan-bangunan bandar untuk menyediakan liputan mudah alih yang dikhususkan.

Stesen pangkalan yang berkuasa tinggi terletak di kawasan pendalaman dan kampung untuk menyediakan liputan tambahan dan biasanya dipasang pada struktur atau menara yang lebih tinggi.

Pendedahan RF daripada stesen pangkalan biasanya adalah sekitar 0.002% hingga 2% daripada aras garis panduan pendedahan antarabangsa, bergantung pada pelbagai faktor seperti jarak dengan antena dan persekitaran sekeliling. Ini adalah lebih rendah atau berbanding dengan keterdedahan kepada RF daripada pemancar penyiaran radio atau televisyen.

Stesen pangkalan direka dan dikendalikan supaya tiadaketerdedahan yang melebihi had yang disyorkan dan ditetapkan oleh Suruhanjaya Antarabangsa mengenai Perlindungan Sinaran Tidak Mengion (ICNIRP). Ukuran EMF oleh pihak berkuasa mengikut peraturan di kebanyakan negara menunjukkan bahawa tahap keterdedahan di kawasan awam biasanya di bawah Garis Panduan ICNIRP.

Pada hakikatnya, dengan menambah bilangan stesen pangkalan dan menempatkannya di kawasan penggunaan telefon mudah alih sebenarnya akan mengurangkan tahap EMF. Ini adalah kerana telefon mudah alih hanya perlu menghantar pada jarak yang pendek ke stesen pangkalan dengan menggunakan kuasa yang kurang, dan rangkaian juga beroperasi dengan lebih cekap dengan hanya perlu berkomunikasi dengan pengguna-pengguna berdekatan.

Jadi untuk meminimumkan EMF, stesen pangkalan perlu ditempatkan berdekatan dengan pengguna-pengguna.

Banyak hospital mempunyai stesen pangkalan yang terletak di atas bumbung dan dikhususkan bagi sistem mudah alih dalam bangunan untuk memberikan liputan yang terbaik di dalam hospital. Sistem dalam bangunan bermakna bahawa telefon mudah alih di dalam hospital juga beroperasi pada kuasa serendah mungkin.