Standard IEEE

IEEE juga menyediakan standard penilaian pematuhan bagi medan elektromagnet dalam jarak frekuensi 3kHz hingga 300GHz. Standard IEEE yang berkenaan bagi EMF boleh didapati di laman web IEEE dengan menaip "EMF" dalam kotak carian laman itu.

IEC dan IEEE juga mempunyai pengaturan perkongsian formal. Berdasarkan perjanjian dual-logo di antara IEC dan IEEE, pada masa hadapan piawaian penilaian pematuhan EMF yang dibangunkan oleh IEC juga akan membawa logo IEEE, iaitu akan menjadi standard IEEE.