Ringkasan

Teknologi komunikasi tanpa wayar menjadi sebahagian keperluan masyarakat moden. Penggunaan telefon mudah alih, tablet dan peranti tanpa wayar telah menjadi alat komunikasi asas kehidupan harian bagi berbilion orang di seluruh dunia, dan juga biasa digunakan bagi aplikasi perubatan. Stesen pangkalan dan menara telekomunikasi terus dibina untuk menyediakan komunikasi tanpa wayar yang berkualiti baik.

Dengan adanya teknologi komunikasi tanpa wayar, wujud beberapa kebimbangan dalam kalangan orang ramai mengenai potensi risiko-risiko kesihatan yang dikaitkan dengan komunikasi tanpa wayar termasuk penggunaan telefon mudah alih dan mereka yang tinggal berhampiran stesen pangkalan.

Medan elektromagnet (EMF) kesemua frekuensi mewakili salah satu daripada pengaruh yang paling biasa dan pesat berkembang ke atas alam sekitar. Sebagai sebahagian daripada piagamnya untuk melindungi kesihatan awam dan sebagai tindak balas kepada kebimbanganorang ramai, WHO mewujudkan Projek EMF Antarabangsa pada 1996. Tujuan Projek EMF adalah untuk menilai bukti saintifik mengenai kesan-kesan kesihatan EMF yang mungkin wujud dalam rangkaian frekuensi daripada 0 hingga 300 GHz.

Maklumat lanjut mengenai projek WHO EMF boleh didapati di: www.who.int/peh-emf/about/en/ 

Dari segi EMF dan kesihatan, WHO menyatakan bahawa: